Wednesday, August 02, 2006

Rindukan Sentuhan Saari Amri



"Gerimis Mengundang", "Di sana Menunggu Di sini Mananti", "Lamunan Terhenti","Butakah Cinta" pasti kita mengenali lagu-lagu tersebut yang pernag popular sekitar era 90'an yang lalu. Sentuhan berbisa dari Saari Amri itu cukup memeriahkan idustri muzik kita suatu masa dahulu.
Saari Bin Jusoh insan yang berasal dari Kelantan itu memang menjadi buruan dikalangan artis baru yang ingin merakamkan album untuk menghiasi album baru mereka. Bayangkanlah dengan berbekalkan satu atau dua lagu ciptaan Saari Amri dalam satu album pasti menjadi popular.

Asalnya Saari Amri hanya ingin menggunakan nama Saari AM (AM itu singkatan kepada Anak Mak) tetapi atas cadangan dari rakan pena beliau telah mensarankan agar ditambah menjadi Amri dan sehingga kini Saari dikenali dengan nama Saari Amri.

Bermula dengan lagu Kumpulan Mega "pasti" nama Saari Amri mula di beri perhatian dikalangan penggiat seni hiburan tanahair. Saari Amri yang pernah bekerja sebagai penjaga store di sebuah kilang suatu masa dahulu terus gigih bekarya sehinggakan beliau mampu memilikki studio rakaman sendiri yang di beri nama Menora Studio.

Saari Amri juga telah menerima tawaran dari syarikat gergasi ketika itu iaitu BMG Music sebagai pencipta lagu eksklusif bagi memastikan karya Saari Amri terjamin dan dilindungi oleh akta cipta terpelihara.

Saari Amri juga tidak terlepas dari menggunakan nama samaran yang lain seperti nama Iraas Irma (terbalik dari nama Saari Amri) yang juga merupakan nama anaknya bersama Senorita dan nama Fitri Amri.

Beliau telah banyak menaikkan nama artis baru dan mengekalkan nama artis yang telah sedia ada, di antara artis yang pernah dinaikkan Saari Amri menerusi sentuhan hit lagunya adalah Ziana Zain ("madah berhelah", "setiaku di sini", "kekal"), Azie ("pelamin anganku musnah", "kau tetap dalam anganku"), Kumpulan Ukay's/UK's ("terasa","di sana menunggu di sini menanti","seksa"), Kumpulan Umrella ("ramalanku benar belaka"), Kumpulan Scan ("kau dipaksa aku terpaksa") Kumpulan Zabarjad ("karam") Kumpulan Legacy,("dua jiwa satu hati"dan banyak lagi nama artis yang lain.

Selain itu Saari Amri berjaya mengekalkan nama artis yang telah sedia ada menerusi lagu berhantunya seperti Kumpulan Slam ("kembali terjalin", "gerimis mengundang"), Kumpulan Spring ("butakah cinta", "sejujur manakah kata-kata"), Aris ("lamunan terhenti") dan banyak lagi.

Karya Saari Amri juga pernah diminta untuk artis yang mempunyai nama besar dalam idutri muzik Malaysia di era 90'an dulu seperti Kumpulan Wings ("lena diulit intan"), Awie ("bara"), Ella ("sembilu", "kabus dan sirna"), Kumpulan MAY ("meniti suratan", "suci"), Nash ("zahir tak terucap") dan banyak lagi.

Amir UK's dikatakan paling banyak dan begitu serasi ketika menyanyikan lagu Saari Amri, dari bersama Kumpulan Ukay's,UK's dan sehinggalah beliau membuat album solo nama Saari Amri sentiasa menjadi penghias kulit belakang album Amir dan UK's.

Amir UK's paling banyak menyanyikan lagu ciptaan Saari Amri

Saari Amri juga pernah merakamkan album dan menggelarkan diri mereka Kumpulan Ways bersama Ann suatu masa dahulu lagu "warkah buat kekasih"(lagu:saari amri/lirik:loloq) menjadi popular sekitar pertengahan tahun 90'an.

Dari sudut penulisan lirik Saari Amri begitu mudah dan senang untuk difahami, baik dari segi tajuk lagu sehinggalah jalan cerita lirik itu senang untuk difahami walaupun kadangkala menggunakan bahasa puitis dalam penulisan lirik lagunya. Lihat sahaja lirik lagu :

Gerimis Mungandang (Slam)
"pernah juga kau pinta
perpisahan
namun sangkaku
itu hanyalah gurauan
nyata kau serius dalam
senyuman"

Lamunan Terhenti (Aris)
"entah mengapakah
hatiku bergetaran
bila bertemu lagi
oh kekasih lama
kucuba selindungkan
api keresahan
namun perasaan ini
membara di dalam"

Di Sana Menunggu Di Sini Menanti (Uk's)
"seumur hidup aku
ini yang pertama
pintu hatiku diketuk
oleh dua wanita
punyai ciri selama ini
kucari
berbeza wajah
ayunya tetap asli"

Sebak (UK's)
"dalam banyak insan yang kau temui
dia pilihanmu
jika insan lain tak mengapa
tapi sahabatku"


Selain itu hasil penulisan lirik Saari Amri lebih kepada sikap rendah diri dan menceritakan kesedihan dengan apa yang ada dalam diri seperti lirik-lirik beliau dalam :

Di Luar Kemampuanku (UK's)
Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini

Tergamak Kau (UK's)
"mengertilah ku kini
kasih sayang sekarang
semuanya memandang kebendaan
andainya kedaifan
dan rupa pula kurang
tiada satu pun sudi memandang
walau sebelah mata"

Pahit Kutelan Jua (UKs)
Takdir menentukan perpisahan kita
Walaupun pahit terpaksa ku telan jua
Kemiskinan aku...
Kau buat ukuran
Kekayaan dia jadi pilihan mu
Tiada ku menduga...
Kau mata duitan
Seandainya dia yang kau cinta
Ku doakan moga kau bahagia
Biarlah ku ubat luka sendiri
Pergilah oh... kekasih...

Lagu-lagu Saari Amri sering berkumandang di stesen radio di era 90'an dulu malah banyak lagu beliau memenuhi carta lagu tempatan tetapi sayang beliau jarang menerima anugerah individu (selain anugerah untuk album) di atas keindahan ilham beliau itu.

Kadangkala Saari Amri sering berpasangan dengan Habsah Hassan selaku penulis lirik lagu beliau selain menggunakan khidmat Azam Dungun, Loloq atau Azida N.,Juwie dan ramai lagi. Malah lagu "kembali terjalin"(Slam) sentuhan bersama Saari Amri dan Habsah Hassan sungguh puitis sekali baik dari segi melodi atau liriknya.


Habsah Hassan sering bergandingan dengan Saari Amri dalam satu lagu

Kekasih Ku Di Menara (Uk's)

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasakuSemua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasakuSemua pengorbananku untukmu

(Lagu : Saari Amri/Lirik : Saari Amri)

Tuesday, August 01, 2006

Allahyarham J.S Kevin (Dalam Kenangan)


"minta pada Tuhan, agar aku di beri kesejahteraan ini,
sinar hidayah agar aku ternanti di sana nanti,
hapuskan sekian dosaku yang ada,
akan kujanjikan mawar dan seroja di pusaraku"
Antara bait lirik lagu "Kemarin Yang Pijar"(Fahrenhait) tulisan allahyarham J.S Kevin



Joe Stone Kevin atau lebih dikenali dengan J.S.Kevin atau nama penuh beliau ialah Allahyarham Zulkifli Adnan Mohd Razali adalah satu nama yang cukup sinonim dengan kumpulan muzik rock XPDC dan Wings suatu masa dahulu. Hanya nama allahyarham yang sering menjadi sebutan sedangkan wajahnya kurang diingati. Pada asalnya allahyarham dikenali dengan nama gelaran Joe memandangkan di kalangan rakan-rakan beliau mempunyai nama Joe yang ramai allahyaham menggunakan nama Joe Stone Kevin dan singkatannya menjadi J.S Kevin

Mendengar sahaja lagu "C.I.N.T.A"(XPDC) dan "Misteri Mimpi Syakila"(WINGS), "Biar Putih Tulang"(DINAMIK), "Sabar Menanti"(Fahrenhait) kita memang mengetahui dan menghafal lirik lagu tersebut. Tanpa kita sedari bahawa lagu itu adalah sebahagian dari ilham allahyarham Zulkifli Adnan semasa hayatnya.

J.S Kevin mempunyai banyak nama samaran di antara nama samaran yang biasa digunakan ialah Z.N Kevin, Nasha Kevin, Ann Kevin, Zul Kevin dan yang terbaru sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ialah Masterpiece.

Kebanyakkan lagu dan lirik yang dihasilkan untuk Kumpulan XPDC menggunakan nama J.S Kevin dan Z.N Kevin. Di antara lagu dan lirik ciptaan allahyarham untuk XPDC ialah "C.I.N.T.A", "C.T Cinta Kenangan Silam"(sebuah lirik yang kreatif), "Impian Seroja", "Lagu Dari Aku", "Hentian Ini","Semangat yang Hilang"dan banyak lagi.


Album Darjah Satu (XPDC) menerima sentuhan lagu allahyarham paling banyak

Selaian itu allahyarham juga sering menciptakan lagu untuk Kumpulan Wings dan allahyarham sendiri mempunyai hubungan persahabatan dengan Awie sendiri kerana mereka adalah dari satu kampung malah difahamkan oleh Awie sendiri ayah mereka memang bersahabat baik. Di antara lagu ciptaan allahyarham untuk Wings adalah "Misteri Mimpi Syakila", "Suara Kita", "Ranggi Metropolis", "Inspirasi Syakila"(kesinambungan dari "Misteri Mimpi Syakila") yang dinyanyikan oleh Mus ketika Mus menganggotai Wings suatu ketika dahulu.
Kumpulan Wings juga sering mendapat sentuhan kreatif allahyarham J.S Kevin

Di antara lagu lain allahyarham ialah "Biar Putih Tulang"(Dinamik), "Sabar Menanti", "Kasih Orang Muda", "Ana", "Kemarin Yang Pijar"(Fahreinhait), "Nasib Kita"(MAEL & WINGS), "Sedekah"(XPDC), "Perhentian Objektif"(VIPER), dan banyak lagi. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.


Suara Kita (Wings)
Ku kejar engkau di sana
Ku lambai wajah serupa
Selalu aku terbayang... oh...
Selalu aku terkenang
Biarpun telah berlalu
Wajah usia berbeza
Namun tak pernah di hati
Sesaat aku terlupa... oh...
Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita... oooo... hati kita... oooo...
Telah pun kita mencuba
Walau rintangan bersama
Semangat masih menyala...oh...
Membakar dalam jiwa...
Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita... oooo... hati kita... oooo...
Kesan satu rasa
Tinggi nilai harganya
Tak ternilai kita
Lepas dari ini
Mungkin seksa yang menanti... ooo...
Yang bersuara akulah yang pernah berkata ( 2X )
Aku cinta...Oh... oh... oh... oh... ( 4X )
Telah pun kita mencuba
Walau rintangan bersama
Semangat masih menyala...
Membakar dalam jiwa...
Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita... oooo... hati kita... oooo...
Kesan satu rasa
Tinggi nilai harganya
Tak ternilai kita
Lepas dari ini
Mungkin seksa yang menanti... ooo...
Yang bersuara akulah yang pernah berkata ( 2X )
Aku cinta...Oh... oh... oh... oh... ( 4X )

Lagu : Allahyarham J.S Kevin
Lirik : Allahyarham J.S Kevin

Loloq - Namamu Seunik Karyamu


Sebut sahaja nama Rosli Khamis sudah tentulah tidak ramai yang mengenali atau mengetahui siapakah gerangan wajah yang memilikki nama itu. Tapi bila sebut sahaja Loloq ramai yang terbayang akan kepuitisan dan keunikkan lirik lagunya yang cukup sinonim dengan M.Nasir itu.

Selain menggunakan nama Loloq beliau juga seringkali menggunakan nama pena yang lain seperti Nurbisa dan Rosli Khamis sendiri. Sebenarnya Loloq mempunyai trademark yang tersendiri iaitu apabila mencipta lirik untuk lagu slow rock atau bernada pelahan beliau menggunakan nama Nurbisa yang liriknya lebih puitis manakala untuk lagu yang bernada rancak seperti lagu Rock atau Ballad beliau lebih suka menggunakan nama Loloq dan nama Rosli Khamis hanyalah digunakan untuk lagu yang dicipta oleh beliau sendiri.

Loloq adalah salah seorang dari 3 sahabat karib dari Kota Singa (Singapura) bersama M.Nasir dan S.Amin Shahab datang ke Kuala Lumpur untuk berkarya. Tapi nama Loloq sering dibayangi dengan nama M.Nasir kerana kombinasi pasangan itu dikatakan cukup serasi bila berkarya bersama.

Kebanyakkan lirik lagu tulisan Loloq ini banyak disumbangkan untuk artis seperti Kumpulan Wings, Kumpulan Search, Kumpulan XPDC,Kumpulan Spider, M.Nasir, dan beberapa lagu hits untuk kumpulan tertentu kombinasi bersama M.Nasir.

Ketika ini Loloq tidak hanya terikat kepada ilham M.Nasir sahaja malah lirik beliau kini mula digemari oleh beberapa artis yang lain seperti Ning Baizura, Kumpulan Exist, Kumpulan Def Gab C dan beberapa artis yang lain.

Selaian M.Nasir selaku pencipta lagu ciptaan lirik beliau terdapat beberapa nama lain yang menjadi pencipta lagu untuk hasil sentuhan lirik Loloq ini seperti Joe Wings, Izo XPDC, Tam Spider dan G-Nola(Along Exist).

Lihat sahajalah sentuhan liriknya yang puitis untuk lirik lagu "Nurnilamsari" (Search & Awie) bahasanya cukup indah dan kadangkala tidak terlintas dari fikiran kita. Jika dilihat dari hasil penulisan Loloq kebanyakkan liriknya amat tersirat dan sukar untuk difahami. Di antara lirik unik Loloq ialah "Bazooka Penaka" (Wings) yang mana perkataan Penaka itu adalah singkatan kepada perkataan Penamat Kata-Kata, "Kacap Terlabik"(Spider) merupakan terbalik dari perkataan "cakap terbalik", "Kita Peng-yu"(XPDC) yang di ambil dari bahasa China iaitu Peng-Yu (kawan) dan beberapa lagi perkataan pelik yang jarang kita dengar.

Di antara lirik lagu beliau yang lain ialah "Paiseh", "Tak Nak Jadi Soh Chai", "King El-Mondoqe"(XPDC), "Di Ambang Wati", "Kau Bukan Brader", Awang Trasher"(WINGS), "Analog 0.1", Asli Dan Tulus" "Laila Namamu Teratas", "Neo Romantik","Zen-Bikin Wilayah" (SEARCH), "Laukku Cukup Masin", "Kasih Latifah", "Cinta Dewa-Dewi"(SPIDER) banyak lagi.

Kini Loloq melangkah setapak lagi menceburi bidang lakonan pula, di antara filem atau telemovie yang pernah dibintanginya ialah "Merah"arahan M.Nasir, "Orang Kasar" arahan Harun Salim Bachik yang mana Loloq menjadi pelakon pembantu bergandingan dengan Eman Manan dan Jalalludin Hassan serta sebuah telemovie vcd iaitu "Gosok-1"berlakon bersama anggota Spider.

Apapun Pak Belukang Emas ucapkan syabas kepada Loloq kerana memperjuangkan lirik lagu Melayu. Dengar cerita karya beliau sering diikuti oleh Sasterawan Negara A.Samad Said kerana kepuitisan lirik beliau ini. Semoga Loloq terus memperjuangkan lirik lagu melayu yang penuh mesej dan puitis ini.

Monday, July 31, 2006

Konsert Perasmian Setia Alam Di Meru Klang

P etang itu hujan renyai-renyai mulai turun. Sangkaan Pak Belukang Emas tak ramai penonton yang hadir maklumlah sekarang ni tengah panas cerita pasal Siti Nurhaliza dengan Dato'K mungkin ada segelintir peminat yang mula hilang minatnya pada diva pop no-1 di Malaysia ini.

Ternyata sangkaan Pak Belukang meleset sama sekali ramai juga penonton yang hadir maklumlah tiket percuma ditambah pula malam itu bukan sahaja Siti yang menjayakan konsert tersebut malah M.Nasir yang sedang popular dengan lagu Juwita (Citra Terindah) pun ada sama.

Walaupun konsert yang dijadualkan bermula jam 8.00 malam itu terlewat dari janji asal namun penonton yang membanjiri pentas itu boleh tahanlah ramainya. Pasangan muda-mudi yang sedang dilamun cinta bersepah dimerata tempat mereka seolah telah berjanji mengenakan pakaian yang sama merah sama merah, kuning sama kuning, cokelat sama cokelat.

Tak kurang juga dengan mereka yang membeli gelang cahaya yang berwarna-warni lebih menyerikan lagi malam konsert itu.

Persembahan dimulakan dengan lagu "Apokolis" dendangan M.Nasir yang mula mendapat reaksi penonton pada malam itu. Dalam kekalutan malam itu yang penuh dengan sorakkan penonton serta dentuman bunyi muzik yang padu itu ada jiwa yang merana tak kurang juga ada jiwa yang bahagia. Pedulikan pada jiwa-jiwa mereka yang penting Pak Belukang Emas terhibur dengan persembahan M.Nasir itu.

Selepas itu M.Nasir yang terkenal dengan gelaran Sifoo menyanyikan lagu dari album terbarunya yang berjudul "Sang Pengcinta" yang membuatkan penonton mula menggoyangkan badan serta menganggukkan kepala masing-masing.

Bulu roma Pak Belukang Emas mula berdiri tegak apabila terdengar intro melodi lagu "Mustika" mula ditalunkan. Dengar sahaja bait pertama lagu Mustika"kau...yang berselindung..."ditambah pula dengan gemersik suara M.Nasir yang sebati dengan lagu itu menambahkan bilangan bulu roma Pak Belukang Emas berdiri tegak serta lagu itu turut dinyanyikan secara beramai-ramai oleh penonton pada malam itu.

Pada malam itu M.Nasir menyanyikan lagu-lagu seperti "Kepada-Mu Kekasih", "Juwita(Citra Terindah)" dan beberapa lagu terbaru beliau. Sebelum mengakhiri persembahan M.Nasir sempat berduet dengan Siti Nurhaliza menerusi lagu "Dua Insan". Kata-kata lawak spontan dari M.Nasir ketika Siti Nurhaliza naik kepentas "eh..ni kena berdiri jauh siket ni,nanti ada orang marah" membuatkan ramai penonton terbahak-bahak ketawa yang memahami situasi Siti ketika itu.

Sebelum M.Nasir berundur dari pentas M.Nasir sempat berkata "semoga anda terhibur dengan persembahan gila saya pada malam ini". Ya..memang Pak Belukang Emas terhibur pada malam itu. Oleh kerana esok Pak Belukang Emas nak kerja maka tak sempat pun konsert Siti habis Pak Belukang Emas pun dah angkat kaki meninggalkan konsert malam itu, ketika langkah dihayun pulang terdengar suara merdu Siti mengalunkan bait lagu "cinta yang kutulis...bukanlah cinta biasa....."